Tribago Selera Borneo tawar menu tradisional Sabah

Tribago Selera Borneo tawar menu tradisional Sabah

PAISAL Bakar dan Noorjannah Ariffin menunjukkan beberapa menu di warung mereka di Taman Putra Perdana, Puchong. – MINGGUAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kunjungan pelanggan ke Warung Tribago Borneo seakan- akan berada di rumah sendiri apabila seronok menikmati makanan tradisi kampung.

Noorjanna Ariffin memeriksa lauk-pauk di kedainya Warung Tribago Selera Borneo

Warung Tribago Selera Borneo yang terletak di Taman Putra Perdana bersebelahan Cyberjaya begitu menggamit penggemar makanan daripada Tawau, Sabah.

Warung tersebut yang menawarkan pelbagai menu makanan popular di Sabah seperti nasi kuning, mi tauhu, gado-gado, burasak dan soto makasar yang rasanya seperti dimasak di Tawau Sabah.

Warung Tribago Selera Borneo
Lokasi: G-86 Alpha Arena,
Jln Putra Perdana 5/1,
Tmn Putra Perdana,
47130 Puchong, Selangor.
Waktu Operasi: Buka Isnin hingga Ahad
Tutup : Rabu (kecuali cuti umum akan dibuka)

 

Pemiliknya Paisal Bakar memberitahu, dia membuka kedai tersebut pada 2023 dengan menawarkan menu daripada Sabah kerana berpendapat ramai penduduk Sabah yang berhijrah ke Semenanjung rindukan makanan Sabah .

 

Kata Paisal, ramai pelanggannya datang berulang kali meskipun tinggal jauh dari Cyberjaya semata-mata ingin merasai makanan istimewa terutama murtabak jawa, mi tauhu, soto makasar nasi kuning dan burasak yang dimakan bersama ayam masak palekko, makanan yang menjadi menu wajib semasa hari raya.

 

PELANGGAN menjamu selera di Warung Tribago Selera Borneo 

“Malah ada pelanggan kami ada lah warga Semenqnung dari merata negeri seperti Kelantan dan Pulau Pinang yang pernah menetap atau bekerja di Sabah,” ujarnya.

Isterinya Noorjana Ariffin mengakui warung Tribago Borneo sering mendapat ulasan positif daripada pelanggan menerusi media sosial.

 

Mi tauhu

 

“Kami pun terkejut ada pelanggan yang memberitahu kedai kami sering mendapat reviu (ulasan) di media sosial terutama Tiktok antara sebab mereka datang,” ujarnya.

Ekoran populariti Warung Tribavo Selera Borneo itu, saban hari telah menerima kunjungan penggemar makanan Sabah terutama suku kaum masyarakat Bugis.

Paisal dan isterinya yang juga berasal dari Tawau sering menerima pujian daripada pelanggan bukan sahaja mampu mengekalkan rasa asli selera makanan Tawau tetapi harganya dianggap amat murah oleh pelanggan.

PAIsAL Bakar menyediakan murtabak jawa yang ditempah pelanggan.

 

“Semua menu makanan kami yang standard iaitu tiada tambahan makanan lain berharga di bawah RM10,” ujar Noorjanna.

Paisal berkata, dia dan isterinya berhasrat memajukan lagi perniagaan tersebut dengan menambah menu masyarakat Tawau seperti baronko dan makanan lain yang sentiasa mendapat permintaan pelanggan tetapi ia

bergantung kepada kemampuan terutama menambah kakitangan.

Burasak antara makanan popular

Paisal berkata, pihaknya juga menerima tempahan jamuan bergantung kepada lokasi dari kedai mereka.

Makanan seperti burasak yang biasa dihidangkan semasa rumah terbuka Aidilfitri antara yang paling popular selain soto makasar yang popular dalam kalangan pengunjung warung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×