Iran nafi rancang bunuh Duta Israel di Mexico

Iran nafi rancang bunuh Duta Israel di Mexico

EINAT KRANZ NEIGER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menolak dan menyifatkan dakwaan Amerika Syarikat (AS) dan Israel mengenai negara itu merancang membunuh duta Israel ke Mexico sebagai sesuatu yang ‘tidak masuk akal’.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, Teheran percaya tuduhan tersebut merupakan usaha Israel untuk merosakkan hubungan baik Iran dengan negara lain melalui fitnah tidak berasas.

Menurut laporan media Barat, pegawai kanan AS dan Israel mendakwa Pasukan Quds, cabang operasi luar Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) merancang pembunuhan terhadap Duta Israel ke Mexico, Einat Kranz Neiger, sejak akhir 2024 dan rancangan itu didakwa masih aktif sehingga pertengahan 2025.

Namun, dakwaan itu tidak disertakan sebarang bukti.

Susulan laporan berkenaan, Kementerian Luar Israel mengeluarkan kenyataan berterima kasih kepada pihak keselamatan Mexico kerana kononnya berjaya ‘menggagalkan rangkaian pengganas yang diarahkan oleh Iran untuk menyerang duta Israel di Mexico.

Namun, Kementerian Luar dan Keselamatan Mexico menafikan perkara itu, dengan menegaskanmereka tidak menerima sebarang laporan mengenai cubaan serangan terhadap duta Israel dan menegaskan hubungan diplomatik Mexico dengan semua negara kekal seperti biasa.

Kedutaan Iran di Mexico turut mengecam dakwaan tersebut sebagai pembohongan besar dan manipulasi media, sambil menegaskan Iran tidak akan melakukan tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan Mexico.

Baghaei juga mengingatkan Israel pernah membuat tuduhan serupa sebelum ini, termasuk mengaitkan Iran dengan siri serangan terhadap rumah ibadat Yahudi di Australia pada akhir 2024.

Namun, polis New South Wales menolak dakwaan itu dan menyatakan tiada bukti penglibatan ejen asing dalam insiden berkenaan.

Namun, Australia pada Ogos lalu mengusir duta Iran selepas menuduh Teheran mengarahkan dua serangan anti-Semitik di Sydney dan Melbourne, serta mengisytiharkan IRGC sebagai organisasi pengganas.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, mendakwa agensi risikan negaranya mempunyai bukti kukuh Iran merancang serangan tersebut, namun bukti berkenaan tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×