Siasat tahap keselamatan di semua institusi pendidikan

Siasat tahap keselamatan di semua institusi pendidikan

PIHAK kerajaan harus memastikan aspek keselamatan semua pihak dalam institusi pendidikan dalam negara kita berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PIHAK kerajaan disaran menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat tahap keselamatan di semua institusi pendidikan dalam negara kita.

Aspek keselamatan di dalam institusi pendidikan negara kita tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

Pihak kerajaan harus memastikan aspek keselamatan semua pihak dalam institusi pendidikan dalam negara kita berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.

Keselamatan para pelajar, tenaga pengajar dan anggota pentadbiran perlu diberi keutamaan. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini.

Adalah penting kita mengambil satu langkah drastik supaya aspek keselamatan ini dapat ditingkatkan sesuai dengan perubahan zaman kini demi kesejahteraan dan keamanan masyarakat dan negara kita.

Institusi pendidikan adalah sebuah institusi yang paling penting dalam sesebuah negara. Ia adalah sebuah tempat bagi melahirkan generasi pelapis dalam masyarakat dan negara kita pada masa akan datang.

Sekiranya kita gagal memastikan institusi pendidikan kita bebas dari sebarang ancaman, nescaya orang ramai tidak lagi akan percaya terhadap institusi ini dan tidak lagi akan menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Sekiranya ini berlaku, kita akan melahirkan masyarakat yang kurang ilmu dan tidak memiliki keupayaan untuk memajukan negara. Sekiranya isu keselamatan ini dipandang rendah juga reputasi pendidikan negara kita juga akan dipandang rendah oleh semua negara dalam dunia.

Oleh yang demikian, sebuah RCI perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perkara yang melibatkan aspek keselamatan yang ada dalam semua institusi pendidikan negara kita.

Ini adalah penting supaya kita dapat ketahui dengan lebih teliti mengenai tahap keselamatan yang ada dalam sesebuah sekolah dan universiti sama ada ia mencukupi ataupun tidak. Sebarang isu berbangkit yang melibatkan isu keselamatan dalam institusi pendidikan ini juga dapat disiasat dengan lebih teliti. – UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×