MCMC bakal panggil Meta berhubung raih keuntungan iklan penipuan

MCMC bakal panggil Meta berhubung raih keuntungan iklan penipuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memanggil Meta berhubung dakwaan meraih keuntungan daripada iklan penipuan dan perjudian dalam talian.

MCMC berkata, pihaknya memandang serius dakwaan bahawa Meta meraih keuntungan daripada iklan penipuan dan perjudian dalam talian.

Menurut MCMC, sebelum laporan itu diterbitkan, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan beberapa platform media sosial termasuk Meta berhubung isu iklan penipuan.

“MCMC menegaskan bahawa semua platform perlu dilesenkan secara sah dan bertanggungjawab mencegah aktiviti haram.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya mana-mana platform didapati bersubahat atau sengaja membantu aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 4 November 2025, pihaknya mengemukakan 157,208 permintaan kepada Meta untuk menurunkan iklan berkaitan aktiviti haram dalam talian, merangkumi perjudian dan penipuan.

“Dalam tempoh sama, 44,922 permintaan tambahan dikemukakan kepada Meta khusus untuk menurunkan iklan penipuan,” kata MCMC.

Katanya, Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding platform lain seperti TikTok (3,956), Telegram (269), X (11) dan YouTube (45,448).

MCMC sebelum ini telah menasihatkan Meta agar mengambil pendekatan lebih proaktif dalam membanteras iklan penipuan dan perjudian memandangkan langkah sedia ada masih belum mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×