Texas saman Roblox bagi dakwaan abaikan keselamatan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Texas saman Roblox bagi dakwaan abaikan keselamatan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Peguam Negeri Texas, Ken Paxton memfailkan saman terhadap syarikat permainan dalam talian popular, Roblox dengan mendakwa platform tersebut gagal mematuhi undang-undang keselamatan serta mengelirukan ibu bapa mengenai risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Dalam kenyataan rasmi, Paxton menuduh Roblox sebagai “tempat pembiakan pemangsa” dan menegaskan syarikat itu mengutamakan “pedofilia digital dan keuntungan korporat” berbanding keselamatan pengguna muda di Texas.

Saman tersebut meningkatkan lagi tekanan undang-undang terhadap Roblox, yang kini mempunyai puluhan juta pengguna aktif setiap hari di seluruh dunia.

Roblox, yang terkenal sebagai platform permainan interaktif untuk kanak-kanak dan remaja, menafikan semua tuduhan dan menyatakan kekecewaan terhadap tindakan undang-undang itu, yang menurut mereka berpunca daripada “salah tafsir dan dakwaan sensasi”.

Jurucakap Roblox menegaskan syarikat itu kekal komited terhadap keselamatan pengguna, dengan lebih 145 langkah perlindungan telah diperkenalkan sepanjang tahun ini.

Kes ini turut mencetuskan perdebatan lebih luas mengenai tanggungjawab platform digital dalam melindungi pengguna muda daripada ancaman siber seperti pemangsa seksual dan kandungan berbahaya.
Ia juga menyorot cabaran pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang keselamatan siber di era permainan interaktif yang semakin berkembang pesat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×