Lantik Dominic: PN tiada arah, gagal baca realiti politik Pulau Pinang

Lantik Dominic: PN tiada arah, gagal baca realiti politik Pulau Pinang

ABRAR SADIQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pelantikan semula Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang disifatkan sebagai ‘tiada arah’.

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Abrar Sadiq berkata, pada masa yang sama, pelantikan itu juga membuktikan bahawa PN sebenarnya masih gagal untuk membaca realiti politik di Pulau Pinang.

Abrar berkata, walaupun keputusan itu dibuat oleh kepimpinan tertinggi, pelantikan semula pemimpin daripada parti yang tidak memenangi sebarang kerusi di negeri itu jelas menunjukkan bahawa suara akar umbi Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus diketepikan.

“Kami sebagai (parti) komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) melihat keputusan ini sebagai tanda PN semakin lemah dan tidak mempunyai saingan baharu yang mampu mencabar kestabilan kerajaan negeri hari ini.

“Rakyat Pulau Pinang sendiri telah menolak PN dengan jelas dalam dua pilihan raya lalu, dan ‘trend’ itu menunjukkan bahawa penolakan terhadap politik sempit serta retorik kosong yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

“Justeru, Pemuda Amanah yakin rakyat negeri ini akan terus bersama Kerajaan Perpaduan yang matang, harmoni dan konsisten membela semua rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dominic antara 12 Pengerusi PN di peringkat negeri yang dikekalkan selepas Majlis Tertinggi PN bermesyuarat. Dalam mesyuarat itu juga, tiga Pengerusi PN iaitu di Perlis, Pahang dan Melaka bagaimanapun digugurkan untuk memberi laluan kepada muka baharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×