MINGGU ini, Seri kongsikan menu ayam soto kering bersantan yang pasti memikat selera seisi keluarga anda.
Berbeza daripada soto biasa, versi ini diolah dengan santan bagi menghasilkan rasa lemak dan beraroma seolah-olah hidangan Jawa moden. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN
-1/2 ekor ayam
-1 sudu besar serbuk kunyit
-1 sudu kecil garam
-1 batang serai (diketuk)
-3 sudu besar serbuk rempah soto
-3 helai daun limau purut
-Gula secukup rasa
-Garam secukup rasa
-1/2 cawan santan pekat
-1/2 cawan air
-1 helai daun kunyit (dihiris halus)
BAHAN KISAR
-10-15 tangkai cili padi (ikut kepedasan)
-2 biji bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1/2 inci lengkuas
-1/2 inci halia
-Sedikit air
CARA PENYEDIAAN
-Kisarkan bahan-bahan yang dinyatakan.
-Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
-Gorengkan separuh masak.
-Tumiskan bahan kisar menggunakan minyak gorengan ayam dan masukkan serai yang telah diketuk.
-Tumiskan sehingga pecah minyak.
-Masukkan serbuk rempah soto, daun limau dan sedikit air.
-Sambung tumis sehingga rempah masak dan naik minyak.
-Masukkan santan pekat dan sedikit air.
-Perasakan dengan garam dan gula.
-Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
-Kemudian, masak sehingga naik minyak dan kuah sedikit kering.
-Taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus dan gaul rata.
-Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.










