PDRM sudah keluar waran tangkap terhadap Muhammad Adlan – KPN - Utusan Malaysia

PDRM sudah keluar waran tangkap terhadap Muhammad Adlan – KPN

Mohd Khalid Ismail (dua dari kanan) meninjau bilik operasi PDRM pada Raptai Delegasi Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam – Utusan/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan sebelum ini bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, Muhammad Adlan dipercayai berada di luar negara dan tindakan sedang diambil ketika ini dengan kerjasama negara berkaitan.

“Semua sedia maklum bahawa beliau berada di luar negara. Kita telah mengeluarkan sebelum ini waran tangkap.

“Jadi adalah tindakan-tindakan yang sedang kita laksanakan, memerlukan bantuan daripada negara yang berkaitan dan insya-Allah kita akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya selepas melakukan tinjauan persiapan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dan Timbalan Pengarah Gerakan/Operasi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh.

Menjawab pertanyaan sama ada PDRM menerima maklum balas daripada Interpol berhubung permohonan notis merah oleh SPRM itu, Mohd Khalid menjelaskan, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan.

“Setakat ini, kita tidak terima apa-apa lagi. Mungkin SPRM boleh menjawab persoalan itu,” jelasnya.

Sebelum ini, akhbar mela­porkan, Muhammad Adlan dipercayai menjalani kehidupan mewah di Asia Barat dan kerap keluar masuk beberapa negara rantau itu sejak dua tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×