Segera keluarkan kit ujian influenza dilulus MDA

Segera keluarkan kit ujian influenza dilulus MDA

PROF. DR. SHARIFA EZAT WAN PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebanyakan kit ujian kendiri influenza yang berada di pasaran masih boleh digunakan dan mampu memberi keputusan yang tepat kepada pengguna walaupun belum diluluskan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Pakar perubatan kesihatan awam, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, MDA sehubungan itu disarankan mempercepatkan pengeluaran kit ujian yang diluluskan bagi tujuan mencegah penularan influenza.

“Kebanyakan kit ujian kendiri masih boleh digunakan jika diuji di klinik atau dibeli dari farmasi kerana ia masih mampu memberi keputusan yang betul kepada pengguna. Kebanyakan kit ujian di pasaran diuji di luar negara dan belum diluluskan secara rasmi oleh MDA namun masih boleh dipercayai sama seperti yang digunakan di hospital atau klinik.

“MDA perlu mempercepatkan pengeluaran kit ujian yang diluluskan bagi mengelakkan orang ramai membeli kit ujian dalam talian kerana bukan sahaja memakan masa malah turut melibatkan kos yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang menggesa kerajaan mempertimbangkan penjualan kit ujian kendiri influenza di pasaran sebagaimana pelaksanaan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah terbukti berkesan dalam menangani pandemik sebelum ini.

Katanya, langkah itu penting bagi membendung penularan virus tersebut yang boleh merebak dengan pantas.

Menurutnya, ketika ini tiada kit ujian kendiri influenza yang didaftarkan dengan MDA.

Dalam pada itu, Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Lee Boon Chye berkata, MDA merupakan agensi penguat kuasa yang mendaftar peranti perubatan.

“Pendaftaran setiap peranti seperti kit ujian kendiri untuk influenza mesti berdasarkan tahap sensitiviti dan pengkhususan keputusan ujian yang memuaskan, supaya tidak memberi diagnos yang silap”, katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×