Op Gempur: JPJ Kedah rekod 139 kesalahan bawa muatan lebih

Op Gempur: JPJ Kedah rekod 139 kesalahan bawa muatan lebih

STIEN Van Lutam (kiri) memeriksa sebuah lori yang membawa muatan batu melebihi had semasa Op Gempur Kenderaan Perdagangan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kuala Ketil di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan 2,560 saman pelbagai kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan sepanjang Op Gempur sejak 1 September lalu.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, operasi itu digerakkan susulan peningkatan kemalangan maut membabitkan kenderaan perdagangan khususnya lori dan bas.

“Sepanjang operasi hingga hari ini kamo telah membuat 14,000 pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan membabitkan 72 anggota penguatkuasaan di kawasan industri, lebuh raya serta jalan persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 139 kesalahan membawa muatan lebih dikesan termasuk lima kes yang mencatatkan lebih 70 peratus melebihi had yang dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kuala Ketil di sini hari ini.

Katanya, tindakan pendakwaan akan diambil di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) terhadap kesalahan membawa muatan lebih dan jika disabit kesalahan, mahkamah boleh melucuthak kenderaan terlibat, pemandu serta pemiliknya didenda serta tindakan terhadap lesen dan permit.

“Kesalahan ini dianggap serius kerana boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya selain boleh menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan. Bila lori membawa muatan lebih, sistem brek tidak berfungsi dengan sempurna, jarak berhenti jadi lebih jauh dan risiko kemalangan akan meningkat,” katanya.

Tambahnya, operasi itu akan diteruskan sebagai tanda amaran kepada pengusaha serta pemandu supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Jalan raya kita dibina ikut kapasiti muatan tertentu dan jika had ini dilanggar bukan sahaja infrastruktur cepat rosak malah kos penyelenggaraan turut meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini