Surau dibina tanpa kelulusan MAIPk

Surau dibina tanpa kelulusan MAIPk

BANGUNAN yang digunakan sebagai surau di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh di Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POH: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan sebarang dakwaan tidak tepat berhubung isu sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Kampung Seri Keramat di sini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, ini kerana bangunan surau tersebut berada di atas tanah milik syarikat pemaju swasta.

Katanya, pembinaan bangunan surau tersebut juga dibuat tanpa sebarang permohonan dan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak MAIPk selaku pihak berkuasa agama negeri dan pembinaannya tidak sah dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tanah tapak surau lama tersebut tidak pernah diwakafkan, tidak berdaftar sebagai harta wakaf MAIPk dan tiada sebarang permohonan rasmi dibuat sebelum pembinaannya.

“Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bertarikh 30 September-1 Oktober 2020 juga menetapkan surau lama tersebut perlu dipindahkan kerana berada di atas tanah bukan wakaf,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, peruntukan subseksyen 87(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 mensyaratkan mana-mana bangunan yang ingin dibina, diguna atau diiktiraf sebagai masjid atau surau mestilah didirikan di atas tanah yang telah diwakafkan secara sah atas nama MAIPk.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×