HANOI: Jumlah korban akibat banjir dan Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 36 orang, menurut laporan agensi pengurusan bencana kerajaan hari ini.
Bualoi mendarat pada Isnin lalu di utara tengah Vietnam, membawa ombak besar, angin kencang dan hujan lebat turut menyebabkan 21 orang hilang serta mencederakan 147 yang lain.
Agensi berkenaan menaikkan anggaran kerosakan harta benda akibat taufan dan banjir tersebut kepada 11.5 trilion dong (RM2.4 bilion) meningkat daripada AS$303 juta (RM1.2 bilion) dalam laporan terdahulu yang dikeluarkan semalam.
Laporan itu menyatakan taufan tersebut menyebabkan kerosakan teruk pada jalan raya, sekolah dan pejabat, selain menjejaskan grid kuasa yang mengakibatkan puluhan ribu keluarga terputus bekalan elektrik.
Lebih 210,000 rumah rosak atau dinaiki air, manakala lebih 51,000 hektar sawah pada serta tanaman lain musnah, menurut laporan itu.- AGENSI










