PETALING JAYA: Beberapa kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) berada di lokasi R2 zon merah yang sedang menuju ke Gaza di sebalik penahanan beberapa delegasi oleh tentera Israel.
Tinjauan tracker Sumud Nusantara mendapati, Ohwayla dan Florida merupakan kapal misi GSF sudah berada di hadapan untuk menuju R1 zon merah yang merupakan lokasi berhampiran Gaza.
Lokasi itu menandakan jarak mereka ke pesisiran pantai Gaza kini berbaki kira-kira 66.6 batu nautika dan mereka dijangka tiba pada lewat petang ini.
Setakat ini, seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera Israel, menurut Sumud Nusantara.
Dua rakyat negara ini iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi merupakan peserta terbaharu ditahan Israel.
Antara ditahan adalah Pelakon Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, manakala Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius.
Selain itu, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil yang menaiki kapal Alma dan Farah Lee serta Danish Nazram daripada Grande Blue.
Semua kapal itu dipintas dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa dalam usaha GSF untuk memasuki Gaza melalui laluan sah.
Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza.-UTUSAN










