182 syarikat PMKS Sabah terima geran BEEP bernilai RM18.9 juta

182 syarikat PMKS Sabah terima geran BEEP bernilai RM18.9 juta

Ewon Benedick (empat, kiri) menyampaikan geran Program Peningkatan Interpris Bumiputera (BEEP) Plus kepada penerima.  - IHSAN KUSKOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Sebanyak 182 syarikat perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) Sabah menerima geran pembiayaan berjumlah RM18.9 juta dibawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, RM7.42 juta geran pembiayaan disalurkan kepada 44 syarikat menerusi BEEP 2.0 manakala RM11.48 juta pula diagihkan kepada 138 syarikat melalui BEEP Plus.

Beliau berkata, BEEP Plus adalah inisiatif yang diperkenalkan pada 2023 melalui Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara – Perspektif KUSKOP, khusus bagi membantu usahawan Sabah dan Sarawak yang berdepan kos perniagaan lebih tinggi.

“Dua skop tambahan diperkenalkan iaitu pembiayaan sewaan premis perniagaan dan perolehan bahan mentah. Sejak pelaksanaan BEEP Plus, 197 usahawan di Sabah dan Sarawak sudah menerima manfaat,” katanya selepas merasmikan majlis Peluncuran Hari Terbuka Hab PMKS Sabah dan Sesi Ramah Mesra Bersama Penerima BEEP, di Hotel D’Arc, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan KUSKOP, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan dan Pengerusi SME Corp, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Ewon berkata, pihaknya menerima banyak permohonan BEEP Plus sehingga melebihi peruntukan asal RM5 juta. 

“Oleh kerana banyak permohonan, kementerian telah memohon dana lebih besar dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi meluaskan manfaat program itu.

“Saya meletakkan harapan tinggi agar RMK-13 memberi ruang kepada pelaksanaan program khas di Sabah dan Sarawak termasuk BEEP Plus serta inisiatif lain seperti Projek Tamu Desa. Ini penting untuk memastikan usahawan tempatan mampu bersaing bukan saja di peringkat nasional tetapi juga antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Sabah dan Sarawak diberi keutamaan, KUSKOP tetap menyalurkan bantuan besar kepada usahawan di seluruh negara. 

“Setakat 2024, lebih RM9.5 bilion diagihkan kepada 333,000 usahawan dan koperasi seluruh negara,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×