Hamas desak Zionis henti serangan bagi selamatkan dua tebusan Israel - Utusan Malaysia

Hamas desak Zionis henti serangan bagi selamatkan dua tebusan Israel

PENDUDUK Palestin memeriksa runtuhan bangunan yang terkena serangan Israel di Kem Pelarian Nuseirat, Gaza, Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Hamas menggesa tentera Israel menghentikan serangan udara selama 24 jam dan berundur dari beberapa kawasan di Gaza City, bagi membolehkan usaha mencari dan menyelamat dua tebusan warga Israel yang didakwa terputus hubungan akibat serangan terbaharu rejim Zionis.

Briged Ezzedine Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, dalam satu kenyataan menyatakan nyawa kedua-dua tebusan kini berada dalam bahaya sebenar susulan operasi intensif Israel sejak 48 jam lalu.

“Tentera Israel perlu segera berundur ke selatan Jalan 8 dan menghentikan serangan udara bermula pukul 6 petang ini bagi memberi laluan kepada misi menyelamat,” kata jurucakap briged itu.

Menurut Al-Qassam, kehilangan komunikasi dengan unit yang mengawal dua tebusan tersebut berlaku di dua kejiranan selatan Gaza City, kawasan yang kini menjadi fokus utama serangan udara dan darat Israel.

Israel sebelum ini berulang kali mengarahkan penduduk Palestin berpindah ke selatan, namun laporan terkini menunjukkan serangan tetap diteruskan walaupun di kawasan perpindahan.

Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan sekitar 38 orang terkorban semalam, termasuk 14 orang di Gaza City.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×