Patung Trump pegang tangan Epstein dikeluarkan dari National Mall

Patung Trump pegang tangan Epstein dikeluarkan dari National Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah patung menggambarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama mendiang jutawan serta pesalah seks, Jeffrey Epstein, dikeluarkan dari kawasan tugu peringatan National Mall di Washington selepas dipamerkan secara haram pada 23 September lalu.

Patung bersaiz sebenar itu yang dicat menyerupai gangsa menunjukkan Trump dan Epstein berdiri di atas tiang putih, sambil tersenyum, berpegangan tangan dan mengangkat kaki seolah-olah sedang menari.

Sebuah plak yang dipasang menamakan karya itu sebagai ‘Best Friends Forever’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan NPR, sebuah kumpulan dikenali sebagai The Secret Handshake mengaku bertanggungjawab terhadap pemasangan patung tersebut.

Jurucakap Jabatan Dalam Negeri AS berkata, patung itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi permit pameran yang dikeluarkan.

“Patung berkenaan tidak mematuhi syarat permit,” katanya.

Rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan anggota Polis Taman AS memindahkan patung berkenaan ke atas sebuah trak sebelum subuh pada 24 September.

Pameran itu merupakan cubaan terbaharu untuk memperlekeh Trump berhubung persahabatan lamanya dengan Epstein, yang mati dalam tahanan pada 2019.

Minggu lalu, empat individu ditahan selepas imej Trump bersama Epstein dipamerkan ke dinding Istana Windsor ketika lawatan negara Presiden AS itu ke Britain.

Trump sebelum ini mengakui mengenali Epstein secara sosial bertahun-tahun lalu, namun menegaskan hubungan mereka terputus jauh sebelum kematian Epstein.

Awal bulan ini, ahli kongres dari parti Demokrat di Dewan Perwakilan AS turut mendedahkan sekeping nota ulang tahun yang didakwa ditulis Trump kepada Epstein lebih 20 tahun lalu.

Surat itu, yang dinafikan kesahihannya oleh White House, mengandungi ayat: “Semoga setiap hari menjadi satu rahsia indah yang baharu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×