Hospital di Bali nafi curi jantung mayat warga Australia

Hospital di Bali nafi curi jantung mayat warga Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Sebuah hospital di Bali menafikan dakwaan terlibat dalam kecurian organ, selepas mayat seorang warga Australia yang meninggal dunia di pusat peranginan Indonesia itu dibawa pulang tanpa jantung.

Pemuda dari Queensland, Byron Haddow, ditemukan meninggal dunia di kolam renang vila di Bali awal tahun ini ketika bercuti.

Mayat lelaki berusia 23 tahun itu dihantar pulang ke Australia empat minggu kemudian, dan bedah siasat kedua mendapati jantungnya hilang, menyebabkan pegawai menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa Indonesia.

Pengarah perubatan dan sokongan di Hospital Prof Ngoerah, I Made Darmajaya menjelaskan, bedah siasat forensik dilakukan atas permintaan polis tempatan dan menegaskan khabar angin mengenai kecurian organ adalah palsu.

“Saya menegaskan khabar angin mengenai kecurian organ adalah palsu.

“Tiada kepentingan untuk pihak hospital memegangnya (jantung). Sebenarnya minat kami adalah dalam konteks pemeriksaan mengikut undang-undang,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, jantung Haddow dihantar pulang ke Australia dua bulan selepas kematiannya kerana proses patologi mengambil masa lama.

Kementerian Luar Australia sedang memberikan bantuan konsular kepada keluarga Haddow, yang menyifatkan insiden itu menimbulkan ‘persoalan serius’ mengenai amalan perubatan di Bali.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×