Poland sedia tembak objek ceroboh ruang udara - Utusan Malaysia

Poland sedia tembak objek ceroboh ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Poland menegaskan bersedia menembak jatuh sebarang objek yang menceroboh ruang udaranya dan mengancam keselamatan negara, kata Perdana Menteri, Donald Tusk.

Beliau menjelaskan tindakan akan diambil dengan lebih berhati-hati sekiranya melibatkan insiden yang tidak jelas sifatnya.

Kenyataan itu dibuat selepas Estonia mendakwa tiga jet pejuang Russia menceroboh ruang udaranya pada Jumaat lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengenai Moscow sedang menguji tahap kesiapsiagaan serta kesatuan pakatan itu.

Russia bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, dengan menyifatkannya sebagai usaha mencetuskan ketegangan.

Sebelum ini, lebih 20 dron Russia dilaporkan memasuki ruang udara Poland pada 9 hingga 10 September lalu.

Pada Jumaat, Warsaw turut memaklumkan dua jet pejuang Russia dikesan menceroboh zon keselamatan berhampiran pelantar penggerudian Petrobaltic di Laut Baltik.

“Kami akan buat keputusan menembak jatuh sebarang objek terbang yang jelas menceroboh wilayah Poland, itu tiada kompromi.

“Namun, jika berdepan keadaan yang kurang jelas, seperti penerbangan jet pejuang Rusia berhampiran pelantar Petrobaltic tetapi tanpa pelanggaran kerana ia bukan perairan kami, tindakan perlu ditimbang dengan berhati-hati agar tidak mencetuskan fasa konflik yang lebih serius,” tegas Tusk pada sidang akhbar.

Tambah beliau, Poland juga perlu mendapat kepastian negara itu tidak akan berdepan bersendirian sekiranya konflik dengan Rusia tercetus.

“Saya perlu benar-benar yakin bahawa semua sekutu (NATO) akan bertindak dengan cara yang sama seperti kami,” jelasnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×