Penjawat awam mengaku terima RM2,100 daftar pusat jagaan

Penjawat awam mengaku terima RM2,100 daftar pusat jagaan

MUHAMMAD Maududi Abd. Rashid ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN / PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menerima wang keseluruhan berjumlah RM2,100 daripada seorang individu tanpa balasan untuk mendaftarkan pusat jagaan milik sebuah pertubuhan, dua tahun lalu. 

Muhammad Maududi Abd. Rashid, 36 membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga bekas Penolong Pegawai Pegawai Pembangunan Masyarakat  didakwa menerima wang berjumlah RM700 pada 5 Julai 2023 melalui pindahan ke akaun miliknya.

Pertuduhan kedua pula tertuduh menerima jumlah sama pada 7 Ogos 2023 manakala pertuduhan ketiga tertuduh sekali lagi menerima RM700 pada 5 September 2023 melalui kaedah transaksi serupa. 

Kesemua wang itu dipindahkan daripada akaun sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan urusan rasmi pendaftaran sebuah pusat jagaan di pejabat kebajikan berkenaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, mahkamah menetapkan 30 September ini sebagai tarikh jatuh hukum. Hakim turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan tertuduh selesai membuat bayaran jamin pada hari sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×