Lapangan terbang Eropah alami gangguan serangan siber

Lapangan terbang Eropah alami gangguan serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa lapangan terbang utama Eropah, termasuk Brussels, Berlin dan Heathrow di London, mengalami gangguan sistem akibat serangan siber pada Sabtu, menyebabkan kelewatan penerbangan dan pembatalan.

Menurut Collins Aerospace, penyedia perkhidmatan lapangan terbang, gangguan berlaku pada perisian MUSE yang menguruskan daftar masuk elektronik dan penurunan bagasi.

Bagaimanapun, operasi daftar masuk manual masih boleh dijalankan untuk mengurangkan kesan gangguan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Lapangan Terbang Brussels, sekurang-kurangnya 10 penerbangan dibatalkan manakala 17 penerbangan lain mengalami kelewatan lebih sejam selepas serangan siber itu.

Collins Aerospace berkata, gangguan itu hanya menjejaskan sistem elektronik dan sedang ditangani bagi memastikan operasi segera kembali normal.

Lapangan terbang menasihatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang.

Lapangan Terbang Heathrow, yang paling sibuk di Eropah, mengalami gangguan sistem daftar masuk dan papan pemanggilan penumpang yang disediakan oleh Collins Aerospace.

Gangguan itu dijangka menyebabkan kelewatan bagi penumpang berlepas.

Sementara itu, laman web Lapangan Terbang Berlin memaklumkan gangguan teknikal penyedia sistem serantau menyebabkan tempoh menunggu di kaunter daftar masuk menjadi lebih lama.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×