Keluarga Palestin perlu ada RM13,374 untuk pindah dari Gaza City

Keluarga Palestin perlu ada RM13,374 untuk pindah dari Gaza City

RAKYAT Palestin membawa barangan peribadi mereka menaiki kenderaan ketika berpindah ke arah selatan dari Gaza City.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kos untuk sebuah keluarga melarikan diri dari Gaza City akibat serangan Israel dianggarkan mencecah AS$3,180 (RM13,374), menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), semalam.

Dalam kenyataan di platform X, UNRWA berkata, keluarga di Gaza berdepan pelbagai cabaran termasuk kekurangan bahan api, larangan bekalan khemah hampir tujuh bulan, ruang perlindungan sementara yang sesak serta pendapatan terjejas selepas hampir dua tahun peperangan.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan, kos itu merangkumi AS$1,000 (RM4,205) untuk pengangkutan teksi, AS$2,000 (RM8,411) bagi khemah keluarga dan AS$180 (RM757) untuk sewaan tanah.

UNRWA menggesa komuniti antarabangsa segera menyalurkan bantuan bagi meringankan beban kewangan dan tekanan kemanusiaan yang semakin parah ke atas keluarga dipindahkan.

Sejak Oktober 2023, lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Ratusan ribu kehilangan tempat tinggal, manakala sekurang-kurangnya 440 termasuk 147 kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×