Individu kurang zat makanan boleh hidap diabetes

Individu kurang zat makanan boleh hidap diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan sejenis diabetes tersendiri yang kini digelar pakar sebagai ‘diabetes jenis 5’ dan menjejaskan lebih 25 juta orang di negara-negara membangun.

Menurut laporan terbaharu dalam jurnal perubatan The Lancet Global Health, diabetes jenis 5 menyerang individu muda berusia 30 tahun ke bawah yang kurang berat badan akibat pemakanan tidak mencukupi.

Ia berbeza dengan bentuk diabetes paling biasa iaitu jenis 2, disebabkan oleh obesiti atau jenis 1 yang kebanyakannya didiagnosis pada zaman kanak-kanak, apabila pankreas tidak menghasilkan insulin mencukupi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyelidik berkata, penyakit itu turut menjejaskan penghasilan insulin tetapi tidak seteruk diabetes jenis 1, bahkan berbeza dengan bentuk diabetes lain yang sudah diiktiraf.

Justeru, pakar menggesa diabetis jenis 5 diiktiraf di peringkat global bagi membantu memerangi penyakit itu di negara-negara yang bergelut dengan kemiskinan dan kebuluran.

“Kami menyeru komuniti diabetis antarabangsa untuk mengiktiraf bentuk penyakit ini secara rasmi,” menurut pengarang kajian, sejajar dengan konsensus yang dicapai Persekutuan Diabetes Antarabangsa awal tahun ini.

Pakar memilih untuk menamakan diabetes jenis 5, walaupun jenis 3 dan 4 belum diiktiraf secara rasmi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah mengklasifikasikan diabetes berkaitan kekurangan zat makanan pada 1980-an dan 1990-an.

Namun, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu meninggalkan klasifikasi tersebut pada 1999 kerana tiada persetujuan dalam kalangan pakar sama ada kekurangan zat makanan sahaja sudah memadai untuk menyebabkan diabetes.

Sejak itu, kajian di Bangladesh, Ethiopia, India, Indonesia, Nigeria, Uganda, Pakistan dan Rwanda membuktikan kekurangan zat makanan boleh menjadi punca penyakit tersebut.

Bagaimanapun, kaitan tepat antara kekurangan zat makanan dan bentuk diabetes itu masih tidak jelas, begitu juga keberkesanan rawatan sedia ada terhadap pesakit jenis 5 yang tidak memerlukan penurunan berat badan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×