Kalau tengah cari lauk sayur ringkas tetapi boleh buat nasi bertambah dua tiga pinggan, pucuk ubi tumis bunga kantan adalah pilihan yang tepat.
Kombinasi dua bahan utama ini menghasilkan aroma semerbak yang mampu membuka selera walaupun hanya dihidangkan bersama nasi putih.
Penyediaannya juga mudah dengan hanya menggunakan bahan asas seperti bawang merah, bawang putih dan cili api sebelum dimasak bersama hirisan bunga kantan.
Selain menawarkan rasa yang enak, dua bahan utama ini turut menyimpan khasiat tersendiri.
Pucuk ubi mengadungi serat baik untuk sistem pencernaan, manakala bunga kantan menyimpan antioksidan kuat untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Resipi kali ini perkongsian Khairiyatul Hakim Baharudin.
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi
Minyak masak
Bunga kantan
Garam
Serbuk perasa
BAHAN KISAR KASAR:
Bawang merah
Bawang putih
Cili api
Ikan bilis
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus pucuk ubi dengan garam secukupnya selama lima minit.
2. Angkat pucuk ubi, perahkan air dan potong kasar.
3. Tuang minyak masak ke dalam kuali dan tunggu hingga panas.
4. Masukkan bahan kisar kasar dan bunga kantan yang dihiris kecil.
5. Gaul rata semua bahan.
6. Perasakan tumisan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
7. Masukkan pucuk ubi yang telah dipotong ke dalam tumisan.
8. Gaul hingga semua bercampur sekata.










