Anwar tiba di Sabah, tinjau situasi banjir

Anwar tiba di Sabah, tinjau situasi banjir

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk meninjau situasi bencana yang melanda negeri itu sejak minggu lepas dan menjejaskan beberapa daerah termasuk kejadian tanah runtuh sehingga meragut 13 nyawa.

Ketibaan Perdana Menteri pukul 2 petang disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri dan Persekutuan.

Anwar dijadualkan membuat tinjauan ke lokasi tanah runtuh di Country Heights Penampang sebelum melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolopis di Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis, Penampang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, beliau turut berkunjung ke PPS Kampung Sarapung, Penampang untuk tinjauan keadaan di sana.

Beliau juga akan meninjau kawasan tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Anwar pada Isnin lalu meluluskan peruntukan segera RM10 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×