Trump diberitahu awal rancangan Israel serang Doha

Trump diberitahu awal rancangan Israel serang Doha

DONALD Trump berjabat tangan dengan Benjamin Netanyahu semasa pertemuan di Pejabat Oval, Rumah Putih, Washington. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, didakwa memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai rancangan untuk menyerang pemimpin Hamas di Qatar sebelum operasi itu dijalankan, lapor portal berita Axios semalam.

Pendedahan itu bercanggah dengan kenyataan Rumah Putih yang mendakwa Trump hanya dimaklumkan selepas peluru berpandu Israel dilepaskan ke arah Doha.

Menurut pegawai Israel yang mengetahui perkara itu secara langsung, Netanyahu menghubungi Trump sekitar pukul 8 pagi waktu Washington pada Selasa lalu, untuk memberi taklimat mengenai serangan berkenaan.

Laporan awal mengenai letupan di Doha muncul kira-kira 51 minit kemudian.

Rumah Putih dalam kenyataan sebelum ini menegaskan Trump dimaklumkan selepas serangan bermula, konon mendakwa beliau tidak berpeluang untuk menghalangnya.

“Tentera AS memaklumkan beliau mengenai serangan Israel ke atas pemimpin Hamas di Doha, dan beliau segera mengarahkan utusan khasnya, Steve Witkoff, untuk memaklumkan Qatar,” kata jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt kepada Axios.

Bagaimanapun, pegawai kanan Israel berkata, AS sebenarnya mengetahui lebih awal.

“Trump tahun mengenai serangan itu sebelum peluru berpandu dilepaskan… (dan) beliau tidak berkata tidak,” dakwanya.

Seorang lagi pegawai mendakwa, Washington dimaklumkan pada peringkat politik ‘lebih awal lagi’ dan menegaskan jika Trump tidak mahu menghentikan, beliau boleh melakukannya.

Israel juga menegaskan peluru berpandu belum dilancarkan semasa perbualan telefon Trump-Netanyahu berlangsung, dan operasi itu akan dibatalkan sekiranya Trump membantah.

Pegawai AS mahupun Israel tidak mengesahkan atau menafikan laporan tersebut.

Serangan di ibu negara Qatar menyasarkan pemimpin Hamas yang ketika itu sedang merundingkan gencatan senjata Gaza, mengorbankan lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar.

Serangan itu mencetuskan kecaman global, dengan Trump menyatakan beliau ‘sangat tidak berpuas hati’ terhadap operasi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×