Guru ambil cuti sakit selama 16 tahun, dapat gaji penuh RM4.93 juta

Guru ambil cuti sakit selama 16 tahun, dapat gaji penuh RM4.93 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang guru di Jerman yang bercuti sakit sejak 2009 sambil menerima gaji penuh, mengejutkan banyak pihak apabila bertindak menyaman majikannya selepas diminta menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan keadaannya.

Guru yang tidak dinamakan itu berkhidmat di sebuah kolej vokasional di Wesel, negeri North Rhine-Westphalia dilaporkan tidak hadir bertugas selama 16 tahun, namun tetap menikmati gaji penuh berstatus penjawat awam atau ‘beamte’, iaitu kedudukan yang memberi pelbagai keistimewaan termasuk gaji penuh sepanjang cuti sakit tanpa had.

Akhbar Die Welt melaporkan, guru di wilayah berkenaan memperoleh sehingga 6,174 euro (RM30,470) sebulan, bersamaan kira-kira 72,000 euro (RM355,344) setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini bermakna, dalam tempoh 16 tahun, guru terbabit dianggarkan menerima lebih 1 juta euro (RM4.93 juta) tanpa hadir ke sekolah.

Kes luar biasa itu terbongkar awal tahun ini selepas pertukaran kepimpinan sekolah di mana audit dalaman mendapati guru berkenaan hanya menghantar sijil cuti sakit setiap bulan tanpa pernah menjalani pemeriksaan oleh pegawai perubatan rasmi.

Bagaimanapun, apabila diminta hadir bagi pemeriksaan kesihatan, beliau sebaliknya memilih untuk menyaman majikan.

Tindakan itu ditolak mahkamah yang menyifatkan situasi tersebut sebagai amat tidak masuk akal dan memutuskan majikan berhak menuntut bukti kesihatan dan mengarahkan guru terbabit membayar kos guaman sebanyak 2,500 euro (RM12,338).

Kes berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai di Jerman kerana selain menerima gaji penuh sepanjang cuti sakit, guru terbabit juga didakwa sempat menubuhkan sebuah syarikat pemula niaga dalam bidang perubatan, sekali gus melanggar peraturan perkhidmatan awam.

Jika terbukti, beliau boleh hilang status penjawat awam, termasuk gaji dan pencen.

Pakar undang-undang, Ralf Delgmann, ketika ditemu bual portal The Munich Eye menjelaskan, keputusan akhir bergantung pada hasil pemeriksaan kesihatan namun beliau menjangka guru berkenaan tidak perlu memulangkan wang gaji selama 16 tahun itu kerana hampir mustahil untuk membuktikan beliau sebenarnya tidak sakit sepanjang tempoh tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×