Tujuh individu positif dadah dicekup polis di Tasik Kenyir

Tujuh individu positif dadah dicekup polis di Tasik Kenyir

ANTARA yang  ditahan polis dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Tujuh individu dipercayai warga tempatan yang positif dadah dicekup polis dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah di Tasik Kenyir, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superitenden Sharudin Abdul Wahab mengetuai operasi itu yang turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Polis Wan Nooramin Wan Othman bersama 34 pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Hulu Terengganu dengan bantuan Pasukan Polis Marin Wilayah Timur.

Sharudin berata, operasi dijalankan bagi membanteras dan membendung jenayah serta aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Tasik Kenyir yang merupakan salah satu lokasi pelancongan.

“Polis turut melaksanakan pemeriksaan terhadap individu mencurigakan selain mengambil tindakan terhadap mereka yang berada dalam senarai dikehendaki.

“Kehadiran polis di lapangan juga bagi memastikan keselamatan masyarakat dan pelancong sentiasa terpelihara selain menjadi simbol penguatkuasaan, keprihatinan dan komitmen  polis dalam menjamin keselamatan masyarakat,” katanya.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×