ASEAN sepakat perkukuh kerjasama keselamatan serantau

ASEAN sepakat perkukuh kerjasama keselamatan serantau

SAIFUDDIN Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 dan mesyuarat berkaitan di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 hari ini bersetuju melanjutkan Pelan Mengatasi Peningkatan Radikalisasi dan Extremism yang Kekerasan (2018-2025) dan Rancangan Kerja Bali (2019-2025) sehingga 2026.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan menyatakan, kedua-dua dokumen tersebut merupakan kerangka penting bagi usaha serantau mencegah radikalisasi serta menyelaras tindakan rentas sektor dan rentas sempadan untuk menangani ancaman ekstremisme ganas di rantau ASEAN.

Mesyuarat yang dihadiri Menteri dan Setiausaha Agung ASEAN itu turut mencatatkan pencapaian penting apabila bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan serantau ini.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Malaysia ini menyaksikan pengesahan Pelan Tindakan ASEAN Dalam Memerangi Transnasional (2026-2035) akan menjadi panduan utama ASEAN bagi mendepani cabaran jenayah rentas sempadan sepanjang dekad mendatang.

“Keputusan tersebut menandakan komitmen kolektif ASEAN untuk bergerak seiring dengan landskap ancaman yang semakin kompleks,” katanya.

Selain itu, mesyuarat turut menerima pakai Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) mengenai pengubahan wang haram sebagai wadah baharu untuk memperkukuh usaha serantau bagi menangani jenayah kewangan.

Tidak kurang penting apabila Pelan Hala Tuju Kerjasama Pengurusan Sempadan ASEAN turut diluluskan bagi memperkemas kerjasama rentas sektor dalam urusan imigresen dan kawalan sempadan.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa deklarasi penting turut diumumkan, termasuk Deklarasi Melaka Dalam Memerangi Jenayah Transnasional serta deklarasi ASEAN bagi menangani
penyeludupan manusia serta jenayah siber dan penipuan dalam talian.

Selain itu, para menteri juga memperakukan tiga Deklarasi Pemimpin-Pemimpin ASEAN yang menekankan usaha untuk membanteras pengubahan wang haram, kerjasama penangkapan penjenayah buruan.

Termasuk inisiatif penggunaan sukan sebagai alat untuk membina ketahanan masyarakat terhadap ekstremisme ganas.

Mesyuarat tersebut juga telah mendengar perkongsian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan META.

Menurut kenyataan itu lagi, antara yang dibentangkan mengenai pandangan serta perkongsian berhubung cabaran dan peluang kerjasama bagi memerangi jenayah rentas sempadan, termasuk aspek perundangan, kerjasama serantau dan cabaran teknologi digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×