Bertemu jodoh di pusat aktiviti warga emas

Bertemu jodoh di pusat aktiviti warga emas

ALI Surip dan isterinya, Salmah diraikan dalam majlis persandingan di Pusat Aktiviti Warga Emas Kluang, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sentiasa bersama dalam setiap program yang diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini telah membibitkan rasa cinta dua ahlinya sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Pasangan duda dan ibu tunggal yang masing-masing mempunyai enam dan lima anak serta 21 cucu ini tidak menyangka penyertaan sebagai ahli PAWE Kluang membolehkan mereka bertemu jodoh.

Ali Surip, 70, yang menduda sejak tahun 2006 berkata, sikap lemah lembut antara punca utama hatinya tertarik untuk menjadikan Salmah Abu Bakar, 65 sebagai pasa­ngan hidupnya.

Katanya, mereka menjalinkan percintaan selepas berkenalan dalam satu majlis keraian di pusat aktiviti ini pada penghujung tahun lalu sebelum lamaran dilakukan atas restu anak-anak.

“Alhamdulilah, selepas majlis akad nikah di Masjid Jamek Taman Delima, kami telah diraikan dalam satu majlis yang diuruskkan oleh anak-anak kami dan juga Ahli Jawatankuasa PAWE Kluang,” katanya.

Salmah pula berkata, keperibadian tinggi Ali menjadi sebab utama hatinya tertawan untuk menerimanya sebagai peneman hidup.

Ujarnya, galakkan daripada kawan-kawan serta anak-anak juga menjadi faktor.

Diharapkan kami dapat melayari kehidupan ini dengan bahagia,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×