Penduduk PPR gesa fasiliti rumah dinaik taraf

Penduduk PPR gesa fasiliti rumah dinaik taraf demi keselesaan setempat

Letak kereta secara berlapis adalah antara masalah utama yang dihadapi penduduk kebanyakan PPR di Kuala Lumpur. - UTUSAN/FADILLA FAZIRA ZAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan perumahan dan persekitaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak terurus bukan sahaja menjejaskan keselesaan pendu­duk namun memberi kesan buruk terhadap tahap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penduduk melihat cadangan penambahbaikan kemudahan di PPR sebagai langkah yang mampu meningkatkan keselesaan serta memberi harapan baharu kepada golongan B40 sekitar bandar.

Seorang pembantu gerai, Azharwati, 50, yang menetap lebih 15 tahun di PPR Kepong berkata, masalah kebocoran di rumahnya sudah berlarutan bertahun-tahun dan menjejaskan keselesaan seisi keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…
AZHARWATI

“Keadaan rumah saya kadang-kadang mengalami kebocoran di kawasan koridor, dapur dan tandas. Kalau di kawasan ini, sesetengah rumah memang mengalami masalah bocor yang berkala ,” katanya.

Tambahnya, walaupun aduan sudah dibuat, tindakan pihak berkuasa mengambil masa yang agak lama.

“Kebiasaannya aduan yang dibuat memerlukan beberapa hari untuk mendapat tindakan daripada pihak yang berkuasa. Kadang-kala kami yang mengambil inisiatif untuk membetulkan keadaan itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang warga emas yang menetap di PPR Kepong hampir lapan tahun, Ayob, 68, berkata, keadaan keselamatan rumah dan persekitaran sering kali menjadi kebimbangannya.

“Kawasan sini tidak mempunyai pengawal keselamatan jadi keselamatan penduduk di bawah tanggungjawab masing-masing.

“Kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif juga perlu diletakkan bagi mengelakkan berlakunya masalah kecurian dan pecah masuk rumah,” katanya.

Menurut Ayob, sebelum ini kes pecah masuk rumah sering berlaku, namun tindakan pihak berkuasa tempatan berjaya membanteras masalah tersebut.

Katanya, terdapat sesetengah penduduk yang sengaja membuang sampah merata-rata khususnya yang tinggal di tingkat atas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini