England larang jualan minuman tenaga untuk bawah 16 tahun

England larang jualan minuman tenaga untuk bawah 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Minuman tenaga berkafein tinggi seperti Red Bull akan diharamkan untuk dijual kepada remaja bawah 16 tahun di England, menurut rancangan yang diumumkan kerajaan hari ini.

Sehingga satu pertiga remaja berusia 13 hingga 16 tahun di England dipercayai mengambil minuman tenaga, sesetengahnya mengandungi kafein melebihi dua cawan kopi, walaupun kebanyakan pasar raya memperkenalkan larangan secara sukarela.

“Dengan menghalang kedai daripada menjual minuman ini kepada mereka, kita membantu membina asas bagi generasi yang lebih sihat dan bahagia pada masa depan.

“Bagaimanapun kita boleh mengharapkan kanak-kanak berjaya di sekolah jika mereka mengambil jumlah kafein setara espresso setiap hari?,” kata Menteri Kesihatan, Wes Streeting dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, langkah kerajaan dibuat berdasarkan kebimbangan ibu bapa dan guru serta menangani punca utama kesihatan yang lemah.

Rundingan selama 12 minggu akan dijalankan untuk mengumpul bukti daripada pakar, orang awam, peruncit dan pengeluar.

Di bawah peraturan semasa, mana-mana minuman yang mengandungi lebih 150mg kafein per liter perlu mempunyai label amaran yang menyatakan ia tidak disyor untuk kanak-kanak.

“Minuman tenaga mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi tidur, tumpuan dan kesejahteraan kanak-kanak semua terjejas, manakala versi tinggi gula merosakkan gigi mereka dan menyumbang kepada obesiti,” kata Streeting.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×