Jalan dibaiki cuma tahan tiga bulan

Jalan dibaiki cuma tahan tiga bulan

KEADAAN jalan Gua Musang-Kuala Betis, Kelantan yang sering mengalami kerosakan akibat dilalui kenderaan berat. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengguna laluan Jalan Gua Musang ke Kuala Betis di sini mendakwa jalan yang dise­lenggara pihak berwajib hanya bertahan tiga bulan sebelum kembali rosak kerana menjadi laluan kenderaan berat.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Harimi Mat Zain, 43, berkata, isu itu bukan perkara baharu sebaliknya menjadi ‘duri dalam daging’ buat penduduk di Kuala Betis dan Felcra Panggong Lalat yang berulang-alik untuk ke bandar Gua Musang.

“Jalan ini sudah dibaiki berulang kali. Saya anggarkan paling lama jalan ini dapat bertahan selama tiga bulan sahaja. Selepas tiga bulan atau kurang tempoh tersebut, jalan kembali rosak. Sudah banyak kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kerosakan kenderaan pengguna jalan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang penduduk Felcra Panggong Lalat, Zaiton Abdullah, 61, berkata, pihak berwajib telah membaiki jalan berkenaan namun kembali rosak dan berlubang dalam tempoh yang singkat.

Katanya, jalan terbabit merupakan laluan utama bagi penduduk dari Gua Musang untuk ke kawasan peranginan Came­ron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak.

“Saya mengakui pihak berwajib ada membaiki dan menampal kerosakan jalan ber­kenaan, namun tidak kekal lama apabila rosak kerana sering menjadi laluan lori balak serta lori kelapa sawit. Pengguna jalan berdepan risiko kemalangan apabila ken­deraan hilang kawalan serta tayar pecah serta rosak apabila tergelincir ke dalam lubang lopak air,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×