Melaka sasar RM3 juta nilai jualan di Osaka

Melaka sasar RM3 juta nilai jualan di Osaka

AB. Rauf Yusoh bercakap dalam sidang akhbar berkaitan pemilihan Melaka mewakili Malaysia pada Ekspo Dunia 2025 yang akan berlangsung di Osaka, Jepun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka menyasarkan nilai jualan dan potensi kerjasama perniagaan mencecah RM3 juta pada Ekspo Dunia 2025 yang akan berlangsung di Osaka, Jepun dari 31 Ogos hingga 6 September ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Melaka dipilih mewakili Malaysia oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai negeri ketujuh ke ekspo berkenaan.

Katanya, sasaran itu dilihat realistik berdasarkan potensi pasaran Jepun yang mementingkan kualiti, inovasi dan nilai tambah, selari dengan kekuatan produk dibawa usahawan Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri akan mengadakan lawatan kerja melalui misi pelaburan khas untuk meneroka peluang pelaburan dan kolaborasi teknologi dalam sektor perubatan, farmaseutikal dan pengurusan kesihatan pintar dengan dua syarikat Jepun iaitu Nipro Corporation, Shiga dan Sysmex Corporation, Kobe.

“Kita bukan sahaja membawa nama Melaka, tetapi membawa aspirasi rakyat Melaka untuk masa depan yang lebih makmur, mampan dan sejahtera.

“Penyertaan ini adalah satu peluang strategik yang dirangka dengan hala tuju strategik dengan objektif utama mempamerkan potensi ekonomi dan pelaburan kepada global mengenai Melaka dan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Ab. Rauf berkata, antara pengisian utama ialah pelancaran ‘Expo Osaka 2025-Melaka Week’ pada 2 September di Pavilion Malaysia; majlis menandatangani lima memorandum Persefahaman (MoU) dan memperkenalkan Melaka sebagai hab perdagangan halal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini