Banjir: Puluhan maut di India, 250,000 penduduk Pakistan dipindahkan

Banjir: Puluhan maut di India, 250,000 penduduk Pakistan dipindahkan

PENDUDUK melihat kesan kemusnahan akibat banjir yang melanda Jammu, India. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 36 orang terkorban selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan di Pakistan dan India, sekali gus mencetuskan banjir kilat serta tanah runtuh di wilayah Kashmir yang dikawal India.

Situasi itu juga menyaksikan lebih 250,000 penduduk di Pakistan dipindahkan selepas perkampungan ditenggelami banjir.

Keadaan semakin teruk selepas India melepaskan air dari empangan yang melimpah, menyebabkan paras Sungai Sutlej meningkat.

Sepanjang bulan ini, hujan lebat dan banjir kilat di kawasan pergunungan Himalaya mengorbankan hampir 100 orang dengan jabatan kaji cuaca meramalkan hujan akan berterusan sepanjang minggu ini.

Di wilayah Jammu, Kashmir yang dikawal India, sebahagian lereng bukit runtuh ke atas laluan utama jemaah Hindu menuju ke sebuah kuil atas bukit di Katra lewat malam Selasa.

Menurut pegawai pengurusan bencana, Mohammed Irshad, mayat beberapa jemaah ditemukan di bawah runtuhan, selain 18 orang lagi cedera dan dikejarkan ke hospital.

Pihak berkuasa wilayah Punjab, Pakistan meminta bantuan tentera bagi operasi menyelamat dan bantuan kemanusiaan selepas hujan lebat menyebabkan sungai-sungai utama melimpah, menenggelami perkampungan dan lebih 250,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, Inam Haider, berkata operasi menyelamat masih dijalankan, dan bantuan dihantar ke kawasan terjejas.

Jurucakap tentera, Ahmed Sharif, mengesahkan dua anggota tentera maut semasa membantu mangsa banjir.

Lewat Rabu, pihak berkuasa melakukan pembukaan terkawal di benteng Sungai Chenab menggunakan bahan letupan, bagi mengelakkan empangan utama runtuh akibat tekanan air.

Air dialirkan ke kawasan kampung berdekatan, menyebabkan banyak rumah penduduk ditenggelami air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×