Tang Jie-Ee Wei sudah matang – Rexy

Tang Jie-Ee Wei sudah matang – Rexy

Rexy Mainaky percaya Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin matang menjelang Kejohanan Badmintin Dunia di Paris, hari ini. - IUTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky percaya beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kini sudah meninggalkan zaman ‘budak-budak’ menjelang Kejohanan Badmintin Dunia di Paris, hari ini.

Rexy menegaskan, gandingan No. 4 dunia itu sudah menunjukkan kematangan dalam mengawal corak permainan dan semakin profesional berdepan situasi sukar di gelanggang.

Menurut Rexy, ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto turut memainkan peranan besar dalam memperkukuh kekuatan psikologi pasangan muda itu selepas beberapa isu prestasi yang menjejaskan rentak mereka.

“Saya nampak sudah ada peningkatan Latihan dalam gelanggang. Ee Wei ada sedikit beri semangat dan dia menikmati dalam Latihan.

“Sebenarnya mereka bukan budak-budak lagi, jadi sekarang semua jurulatih dan pengurusan hanya membantu kerana mereka lebih kenal diri sendiri dan tahu apa yang perlu diperbaiki,” kata Rexy.

Dalam pada itu, meskipun musim ini belum benar-benar konsisten, Tang Jie-Ee Wei tetap berjaya mara ke lima separuh akhir dan membuktikan kemampuan bersaing di peringkat tinggi.

Rexy menyatakan optimis berdasarkan pengalaman yang dikutip sepanjang musim ini sudah cukup untuk mematangkan mereka dalam mengejar podium di Paris.

“Harapan pingat bukanlah sesuatu yang mustahil kerana apa yang mereka lalui setakat ini sebenarnya sudah menjadikan mereka lebih kuat dan berani,” tegasnya.

Pasangan negara mendapat bye pada aksi pusingan pertama dan bakal turun di gelanggang Adidas Arena pada Rabu untuk mengaturkan pertemuan dengan gandingan Macau, Leong Lok Chong-Ng Weng Chi atau beregu India, K. Rohan-G. Ruthivika di pusingan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×