Penganjur RXZ Members sedia jumpa pimpinan Terengganu

Penganjur RXZ Members sedia jumpa pimpinan Terengganu

PEMILIK dan penunggang motosikal Yahama RXZ menghadiri Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penganjur RXZ Members 7.0 sedia mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri Terengganu bagi menyelesaikan isu jemputan rasmi yang didakwa tidak diberikan kepada pihak kerajaan negeri sepanjang acara berlangsung.

Pengarah program, Mohd. Lukhman Hassan berkata, pihaknya mengakui terdapat kelemahan dalam aspek jemputan dan memperbaikinya pada penganjuran akan datang.

“Kami sendiri akan berjumpa kerajaan negeri untuk membincangkan perkara ini dan setiap kelemahan di pihak penganjur. Kami mengakui ada terlepas pandang soal jemputan rasmi kerana pada awalnya jemputan dibuat hanya kepada pihak penaja tetapi penganjur tetap mengambil tanggungjawab penuh untuk isu ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian RXZ Members 7.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, beliau turut menegaskan pihaknya terbuka bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri bagi memastikan RXZ Members terus menjadi acara tahunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Insya-Allah, tahun depan kami akan perbaiki untuk menjadikan ia lebih tersusun dan bersedia menerima kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin menjayakan program ini,” ujarnya.

Sementara itu, RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari mencatat sejarah apabila menarik kehadiran kira-kira 150,000 peserta menjadikannya penganjuran paling berjaya setakat ini.

Mengulas mengenai peruntukan keseluruhan berjumlah RM300,000 daripada Kerajaan Madani, Mohd Lukhman menegaskan ia disalurkan sepenuhnya untuk peserta bukan kepada pihak penganjur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini