Lima remaja didakwa mencela Zara Qairina mengaku tak bersalah, ikat jamin RM5,000 seorang - Utusan Malaysia

Lima remaja didakwa mencela Zara Qairina mengaku tak bersalah, ikat jamin RM5,000 seorang

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Lima remaja perempuan yang dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, membuat pengakuan tidak bersalah.

Kesemua tertuduh yang berusia bawah 18 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus.

Identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut peruntukan Akta Kanak-kanak 2001.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima pelajar tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar antara pukul 10 malam hingga 11 malam pada 15 Julai 2025.

Mereka bersama-sama didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina yang ketika itu mendengar kata-kata berkenaan dan berkemungkinan terganggu dengan perbuatan tersebut.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad berkata, setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta RM1,000 sebagai deposit.

Mahkamah juga menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×