Penduduk Selatan Thai muak dengan pergolakan

Penduduk Selatan Thai muak dengan pergolakan

RAKYAT Selatan Thailand mahu krisis di wilayah itu diselesaikan segera bagi menjamin keselamatan dan kemajuan ekonomi mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Penduduk di wilayah Selatan Thai mengakui sudah muak dengan pergolakan yang berlarutan lebih 20 tahun sehingga menjejaskan kehidupan dari sudut kewangan dan ekonomi.

Pemimpin tempatan, Kuheng Yawohasan berkata, walaupun penduduk terus menjalani kehidupan seperti biasa namun pendapatan isi rumah mereka semakin mengecil.

“Penduduk di sini sudah bosan dengan konflik yang berlaku. Sebelum ini, ramai anak muda yang berhijrah mencari kerja di Malaysia. Namun, keadaan ekonomi di negara jiran juga terjejas hingga ramai yang pulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Elok sangatlah jika Malaysia membantu mempercepat proses damai sepertimana dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Keadaan tidak aman menjejaskan kehidupan rakyat. Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN amat diperlukan sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Kuheng yang juga Setiausaha Khas kepada Menteri Kehakiman Thailand, Thawee Sodsong turut mengalu-alukan kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan yang meminta kumpulan pejuang kebebasan Selatan Thai bersatu dengan satu suara.

Katanya, keupayaan Malaysia mewujudkan keamanan di Selatan Filipina memberi harapan baharu buat penduduk di selatan negara ini supaya situasi sama dapat nikmati.

“Kita hendak meminta daripada Kerajaan Thai, kita kena bersatu dengan satu suara. Jangan ada perbezaan. Kalau berbeza susah untuk berbincang. Kalau pergolakan terus berlaku bagaimana kita hendak memulih­kan ekonomi. Kita nak tarik orang luar datang ke mela­bur di Selatan Thai,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, pen­­duduk Islam di wilayah selatan Thailand me­minta Anwar supaya memainkan peranan sebagai pendamai bagi menamatkan konflik berlarutan di kawasan itu yang sudah meragut ribuan nyawa sejak beberapa dekad lalu.

Konflik di selatan Thailand yang membabitkan wilayah Na­ra­thiwat, Pattani, Yala dan sebahagian Songkhla berlarutan sejak awal 2000-an dengan lebih se­juta penduduk majoriti Islam te­rus mengimpikan kedamaian de­mi masa depan generasi akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN