Wanita mengaku tidak bersalah tanam Musang King di tanah kerajaan

Wanita mengaku tidak bersalah tanam Musang King di tanah kerajaan

YONG LIAN Kien (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub atas pertuduhan menduduki tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Pertang, Mukim Gali tanpa kebenaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh tanah milik Kerajaan Negeri Pahang di Sungai Pertang, Mukim Gali, di sini dengan membuka kebun durian Musang King serta membina pondok tanpa kebenaran, tahun lalu.

Yong Lian Kien, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, Lain Kien didakwa menduduki tanah kerajaan di koordinat (U 3°44’18.83″ T102°1’40.07″) dan (U 3°44’18.23″ T 102°1’40.90′) pada pukul 11.19 pagi, 9 Ogos tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Akta 828) pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwa menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak bekerja dan perlu menyara dua anak yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 24 September ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×