Bendera terbalik: Hentikan kenyataan, perbuatan provokatif - Aaron

Bendera terbalik: Hentikan kenyataan, perbuatan provokatif – Aaron

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hentikan sebarang kenyataan atau perbuatan bersifat provokatif yang boleh memburukkan keadaan dalam isu melibatkan insiden Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. 

Itu permintaan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang yang berkata, andaian tidak wajar tanpa menunggu hasil siasatan lengkap  juga perlu dielakkan kerana mengganggu gugat perpaduan dalam negara. 

Katanya, segala tindakan dan keputusan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta menentukan tindakan atau penalti yang sewajarnya diambil. 

“Ia menjadi satu pengajaran penting kepada kita semua agar lebih memahami dan menghayati simbol-simbol negara dengan sebaiknya. Semangat cintakan negara perlu dizahirkan dengan cara yang betul dan penuh hormat,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di laman X hari ini. 

Sebelum ini, satu video tular yang memaparkan tindakan lelaki di sebuah kedai perkakasan di sini, yang seperti sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik hingga mendapat kecaman warganet.

Susulan kejadian tersebut, pelbagai pihak tampil membuat kenyataan antaranya Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dan Pengarah Lawyer For Liberty Zaid Malek 

Polis kemudiannya menahan pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana bagi membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya, malam kelmarin 

Dalam pada itu Aaron  berkata, tindakan menggantung bendera secara terbalik adalah salah dari segi tatacara pengibaran bendera negara seperti termaktub dalam Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. 

“Namun begitu, kita juga perlu melihat secara menyeluruh punca sebenar kejadian ini berlaku.

“Ia mungkin berpunca daripada tindakan yang disengajakan, tetapi tidak dapat dinafikan juga bahawa ia mungkin berlaku kerana kekhilafan atau ketidaktahuan orang awam mengenai cara yang betul untuk mengibarkan bendera,”jelasnya.

Tambah Aaron lagi,  tindakan menggantung bendera secara terbalik adalah salah dari segi tatacara pengibaran bendera negara seperti termaktub dalam Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

“ Namun begitu, kita juga perlu melihat secara menyeluruh punca sebenar kejadian ini berlaku.

“Ia mungkin berpunca daripada tindakan yang disengajakan, tetapi tidak dapat dinafikan juga bahawa ia mungkin berlaku kerana kekhilafan atau ketidaktahuan orang awam mengenai cara yang betul untuk mengibarkan bendera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×