Polis siasat bendera Johor dipasang terbalik di Pekan Nanas.

Polis siasat bendera Johor dipasang terbalik di Pekan Nanas.

Sehelai Bendera Johor dipasang terbalik di sebuah premis pasar raya di Jalan Abu Bakar Majid, Pekan Nanas, di Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung pemasangan bendera Johor dalam keadaan terbalik di sebuah pasar mini di Jalan Abu Bakar Majid, Pekan Nanas, yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata, siasatan awal mendapati kesilapan itu berpunca daripada kecuaian pihak pemasang tanpa sebarang niat menghina lambang kebesaran negeri Johor.

“Pemilik premis juga telah tampil memberikan kerjasama penuh, selain segera membetulkan kedudukan bendera berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen Akta Lambang dan Nama (Kawalan Mempamer) 1949 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohammad Shofee menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum serta ketenteraman awam.

Polis, katanya, akan terus menjalankan pemantauan serta tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan awam atau disifatkan tidak menghormati simbol negara.

Terdahulu, tular video berdurasi hampir dua minit memaparkan bendera Johor dipasang terbalik sebelum dibetulkan.

Minggu lalu, polis turut membuka siasatan berhubung kejadian Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah klinik pergigian di Pontian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN