Sukan SEA bukan dalam kalendar Aaron-Wooi Yik

Sukan SEA bukan dalam kalendar Aaron-Wooi Yik

SOH Wooi Yik akan bergandingan dengan Man Wei Chong di Terbuka Jepun, minggu depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sukan SEA Thailand, Disember ini dijangka tidak menjadi medan buat beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, ekoran pertindihan jadual dengan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung pada 17 hingga 21 Disember di Hangzhou, China bertembung dengan Sukan SEA yang dijadualkan dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok.

Aaron bagaimanapun tidak menutup pintu sekiranya khidmat mereka tetap diperlukan dalam skuad negara ke temasya dwitahunan itu.

“Saya rasa, saya akan bersedia sajalah. Namun saya rasa, itu misi saya bagikan untuk pasukan sandaran elit kita seperti Arif Junaidi-Yap Roy King serta Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian.

“Saya rasa sebab saya sudah pernah main. Jadi saya rasa ni peluang buat mereka sebagai langkah mereka (pendedahan). Bagi peluang untuk mereka bermain,” kata Aaron.

Pada hujung tahun lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menyatakan hasrat menghantar barisan terkuat ke Sukan SEA, namun mengecualikan pemain yang pernah memenangi pingat emas, termasuk Aaron-Wooi Yik yang menjuarai edisi 2019 di Filipina.

Berdasarkan kenyataan itu, peluang besar bakal diberikan kepada beregu lelaki yang lain seperti Arif-Roy King serta Muhammad Haikal-Hon Jian untuk menggalas cabaran di Thailand.

Dalam dua edisi terakhir, Malaysia hanya mempertaruhkan pemain muda dan kali terakhir skuad badminton memenangi emas adalah menerusi Chen Tang Jie-Peck Yen Wei di edisi Vietnam 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×