Bendera terbalik: Itu tanda sistem pendidikan gagal - Pekida

Bendera terbalik: Itu tanda sistem pendidikan gagal – Pekida

MOHD. FOAD MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Isu pemasangan bendera secara salah menunjukkan kegagalan sistem pendidikan memberikan pengetahuan asas kepada rakyat sejak di bangku sekolah.

Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Datuk Mohd. Foad Mat Isa berkata, senario itu menyebabkan ada yang tidak mengetahui rupa Jalur Gemilang dan ada pula yang sengaja membuat kesalahan.

Katanya, Kementerian Pendidikan perlu merangka kaedah memulihkan mentaliti rakyat, termasuk memberi pendedahan awal di sekolah rendah mengenai cara pemasangan bendera.

“Bukan sekadar masuk kelas belajar sivik, tapi mesti lulus subjek itu supaya rakyat faham asas seperti pemasangan bendera yang betul.

“Kalau rakyat sudah bijak, perkara ini tak kan berlaku. Tapi sekarang makin ramai yang tak tahu, malah ada yang buat sengaja untuk menguji,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pekida Negeri Melaka di Bukit Katil di sini, hari ini.

Mohd. Foad berkata, Pekida menyeru masyarakat agar tidak bersikap sambil lewa terhadap isu pemasangan bendera secara salah, termasuk bendera terbalik atau tanpa elemen rasmi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh menganggap perkara itu remeh, sebaliknya mesti berani menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku depan mata.

“Sudah sampai masanya bukan sekadar kerajaan, rakyat pun kena sensitif dalam hal ini. Kalau nampak pemasangan bendera tak betul, kena tampil ke depan.

“Tapi kadang-kadang bila tengok, kita buat tak tahu seolah-olah itu bukan tanggungjawab kita. Pekida sendiri pernah buat kenyataan tentang bendera yang dipasang tanpa lambang bulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×