EON sasar jual 12,000 unit tahun ini

EON sasar jual 12,000 unit tahun ini

PENGARAH Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Faisal Albar (tengah) bersama Akkbar Danial (dua kanan) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin (dua kiri) pada Majlis Pelancaran EON & Sahabat Autofest 2025 dan Kad Kredit Jenama Bersama Muamalat EON di EON Glenmarie, Shah Alam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: EON Berhad menyasarkan 12,000 unit kenderaan yang terjual tahun ini, berbanding 11,000 tahun lalu menerusi pendekatan jualan yang lebih strategik dan digital, meskipun berdepan cabaran persaingan dalam industri automotif tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Akkbar Danial berkata, setakat ini EON telah merekodkan kira-kira 6,000 unit jualan bagi pelbagai model di bawah kumpulan itu.

Beliau berkata, syarikat optimis untuk mencapai sasaran itu berdasarkan inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahun ini, jumlah keseluruhan industri (TIV) kekal stabil berbanding tahun lalu, namun persaingan dalam pasaran semakin sengit dengan kemasukan lebih banyak jenama automotif.

“Oleh itu, syarikat terus mencari pendekatan yang unik dalam industri automotif bagi mengekalkan kedudukan kami sebagai antara pilihan utama pengguna di pasaran tempatan.” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis peluncuran  EON & Sahabat Autofest 2025 di sini, semalam.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan pelancaran kad kredit hasil kerjasama antara EON dan Bank Muamalat sempena acara tersebut.

Festival yang berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos ini dijangka menarik hampir 10,000 pengunjung dengan sasaran 888 tempahan di seluruh cawangan EON.

Mengulas mengenai potensi pengembangan operasi, Akkbar berkata, EON kini mempunyai 55 cawangan dan akan terus menilai kaedah baharu untuk meningkatkan capaian pelanggan tanpa terlalu bergantung kepada pembukaan cawangan fizikal baharu.

“Perbelanjaan operasi (opex) dan perbelanjaan modal (capex) sangat tinggi kalau buka cawangan fizikal baharu.

“Jadi, kami fokus kepada sebuah platform dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat tempahan kenderaan, bayaran dan servis secara masa nyata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini