Mohd. Ali lawat pejabat Media Mulia

Mohd. Ali lawat pejabat Media Mulia

 Mohd. Ali Mohd. Rustam (tengah) bersama pengurusan dan warga kerja Media Mulia ketika mengunjungi syarikat akhbar itu di Petaling Jaya, semalam. – UTUSAN/FARIS RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam mengadakan lawatan ke ibu pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) di Petaling Jaya, semalam.

Ketibaan beliau pada pukul 3.30 petang disambut pengurusan tertinggi Media Mulia yang diketuai Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan, Mohamad Azlan Jaafar; Ketua Pegawai Kewangan, Abdul Wahid Idris; Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Aznan Bakar; dan Pengarang Kosmo!/Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan.

Beliau kemudiannya diberi taklimat mengenai operasi Media Mulia yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! dan The Malaysian Reserve (TMR).

Dalam lawatan selama kira-kira tiga jam itu, Mohd. Ali turut meluangkan masa menyaksikan pameran eksklusif keratan akhbar yang memaparkan pelbagai laporan berkaitan beliau termasuk di peringkat awal penglibatannya dalam gerakan belia, politik dan ketika memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Beliau pada masa sama turut beramah mesra dan bergambar dengan kakitangan Media Mulia selain diberikan penerangan mengenai operasi syarikat.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×