Eda Ezrin, suami dan 4 rakan akan dipanggil

Eda Ezrin, suami dan 4 rakan akan dipanggil – PDRM

Ridzokumura
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat lagi rakan mereka sebaik dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, tindakan memanggil kesemua mereka untuk memberi keterangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan.

Katanya, pasukan JSJN Kelantan akan mengambil tindakan berkaitan.

“Polis Thailand akan maklum kepada JSJN berkaitan pembebasan ini.

“Keterangan kesemua mereka akan diambil di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, esok,”katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat rakannya dibebaskan hari ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam hari ini.

Difahamkan, mahkamah ketika ini sedang menguruskan surat pembebasan semua mereka, sebelum diserahkan kepada pihak penjara.

Setakat pukul 1.10 tengah hari waktu tempatan, beberapa pegawai imigresen sudah berada di penjara untuk mengiringi mereka ke sempadan Sungai Golok.

Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini, perlu kembali semula ke penjara.

Kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×