AGC teliti laporan siasatan kes kematian Zara Qairina

AGC teliti laporan siasatan kes kematian Zara Qairina

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pegu­am Negara (AGC) sedang mene­liti dengan mendalam laporan penuh siasatan awal kes kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu.

Mengesahkan sudah menerima laporan penuh siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes tersebut, jabatan itu berkata, proses penelitian merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan.

“Ia bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang serta memenuhi prinsip keadilan.

“Sebarang keputusan ber­kaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian laporan penuh siasatan awal tersebut selesai dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut AGC, laporan penuh siasatan awal PDRM berhubung kematian Zara Qairina masing-masing diterima pada kelmarin dan semalam daripada AGC Cawangan Sabah dan Ibu Pejabat Putrajaya.

“Jabatan ini menghargai kerjasama semua pihak dan menggesa orang awam untuk mengelakkan daripada membuat se­barang penyataan bersifat spe­kulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan dan keadilan,” katanya.

Terdahulu, satu sumber kese­lamatan mendedahkan kepada Utusan Malaysia, kertas siasatan yang dise­rahkan bagi penilaian AGC adalah di bawah siasatan mati mengejut (SDR).

Kata sumber keselamatan itu, kertas siasatan itu diserahkan kepada AGC untuk menentukan sebarang tindakan lanjut berkaitan siasatan kes kematian pelajar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×