Polis selamatkan wanita warga India dipaksa melacur

Polis selamatkan wanita warga India dipaksa melacur

MOHAMED USUF JAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyelamatkan seorang wanita warga India daripada dikurung dalam bilik hotel selepas dipaksa terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Wanita warga India itu turut dipukul oleh sindiket pekerjaan selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sebagai pembantu rumah di negara ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, wanita itu diselamatkan menerusi serbuan Op Noda oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bersama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, mangsa datang ke Malaysia pada 11 Julai lalu dan dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Menurutnya, apabila mangsa sampai di Malaysia, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ampang.

“Mangsa dikurung di dalam sebuah bilik hotel sebelum dipukul seorang lelaki warga India dan memaksa mangsa untuk melibatkan diri dalam kegiatan pelacuran.

“Suspek lelaki terbabit berusia 41 tahun turut ditahan dalam operasi itu di mana dia mengaku menguruskan kegiatan persundalan di mana mangsa akan ditawarkan RM50 sehingga RM80 untuk sekali perkhidmatan seks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Usuf berkata, dalam serbuan pukul 8.30 malam, tujuh lelaki dan lima wanita warga India berusia 21 hingga 43 tahun turut ditahan.

Jelasnya, mereka yang ditahan terdiri pelacur, ulat pelacuran, penjaga kaunter dan pelanggan.

“Modus operandi aktiviti pelacuran menggunakan tawar menawar di kaki lima. Ulat-ulat akan menyasarkan pelanggan warga asing seperti Bangladesh, Nepal dan India,” katanya.

Katanya, pihaknya merampas kondom, buku catitan pelanggan, tisu dan wang tunai RM 267.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 372B KK, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12 ATIPSOM 2007,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×