Penjawat awam Selangor dibenar hadir Himpunan Turun Anwar

Tiada arahan halang penjawat awam Selangor sertai himpunan

Himpunan Turun Anwar
AMIRUDIN Shari melawat reruai jualan buku pada Pesta Buku Kanak-Kanak 2025 di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

(Tajuk berita ini diubah untuk ketepatan dan mengelak kekeliruan.)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak menghalang penjawat awamnya menyertai Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun beliau menasihatkan supaya menjaga tingkah laku dan tindakan mereka sepanjang berlangsungnya perhimpunan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada pekeliling yang dikeluarkan untuk hal itu. Namun, penjawat awam harus patuh dengan arahan pihak pentadbir (berkuasa) dan tidak mengeluarkan kenyataan jelek secara terbuka.

“Saya yakin penjawat awam di Selangor tahu batas serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berhubung penyertaan seseorang individu dalam sesebuah perhimpunan aman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan polis untuk memberikan kerjasama penuh dalam memastikan Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan Pas berlangsung aman.

Setiausaha Akhbar Kanannya, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, arahan itu diberikan bagi menghormati hak bersuara rakyat Malaysia, sama ada mahu menyokong atau menentang kerajaan.

Amirudin turut berkata, beliau tidak akan mengenakan tindakan kepada penjawat awam sekiranya didapati melanggar peraturan berkaitan perhimpunan, sebaliknya ketua jabatan masing-masing yang akan membuat keputusan sama ada mereka akan dikenakan hukuman atau sebaliknya.

“Itu (menjatuhkan hukuman kepada penjawat awam) bukan di bawah kelolaan saya, tetapi saya percaya ketua jabatan tahu perkara yang perlu dilakukan

“Sekarang cuaca pun tidak begitu baik. Saya harap mereka yang sertai jaga kesihatan mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN