Pegawai penguat kuasa ditahan di KLIA terlibat ‘counter setting’

Pegawai penguat kuasa ditahan di KLIA terlibat ‘counter setting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai penguat kuasa ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan salah laku counter setting.

Memuatkan artikel berkaitan…

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan berkata, penahanan itu turut menemukan wang tunai RM8,391, tiga peranti komunikasi dan beberapa catatan nombor pasport ditemui dalam simpanan pegawai berkenaan.

“Penahanan dibuat kira-kira pukul 9.20 pagi selepas Unit Pemantau dan Unit Integriti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesan tindakan mencurigakan pegawai terbabit melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pemeriksaan masuk.

“Hasil siasatan awal mendapati catatan yang ditemui mengandungi empat digit terakhir nombor pasport, yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti mengatur laluan keluar masuk individu secara tidak sah,”katanya.

Menurutnya, pegawai itu pada mulanya diserahkan kepada Unit Integriti AKPS KLIA untuk siasatan dalaman sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk tindakan lanjut.

“AKPS memandang serius sebarang bentuk pelanggaran integriti, terutamanya yang melibatkan keselamatan pintu masuk negara, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang terbabit.

“Kita akan terus memberikan komitmen untuk terus memperkukuh pemantauan dalaman dan kerjasama antara agensi bagi memerangi salah laku dalam kalangan pegawai,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN